Adobe Photoshop : The Category

Hye ! malas mahu tulis banyak2 di papan2 keras ini , hanya mahu berkongsi jenis2 kupasan idea dalam cara edit gambar :) silalah lihat , saya berilmukan daripada photo manipulation seperti saiful nang , kukubesi , annaseaskey, hazwan , n so many more . 


TEKNIK FLOWERIST

Di dalam gamba ni subjek tidak terlalu fokus , malahan terdapat #blooming area. Kebiasaannya warna yg dipilih sbg  blooming dalam teknik jenis ini ialah pink (warna peberet wanita) dan purple . ini kebiasaannya untuk gambar Perkahwinan . JIka latar nya adalah hijau (rumput, gunung , bamboo n so on ) lebih molek menggunakan blooming perang. TEKNIK ini memerlukan ketepatan warna agar ia tidak lebih saturationnye :)

TEKNIK DUO 

Teknik ini sebenarnya nampak lebih elegan berbanding teknik flowerist . ia kelihatan seperti suasana perkahwinan yang dijalankan di luar negara (tibojohhh) sambil muncung2 mulut !

TEKNIK PERY 

sekian !

kenapa malas nak updated blog

Bile nak updated blog
kenapa kene updated blog



jawapan untuk segalanya adalah tiada masa .


mungkin ak akan jadi pencerita kat dalam blog ni ,bile roh ak bercerai dengan jawatan-jawatan seperti MTM ,

hahah . bosan . ade sorang budak pompuan ni , soh ak dok pujiak2 diak , tp diak mang kiut pon ! sangat kiut , sat na....

suda . :) sorry entry merepek
sengguguguguuugugup :(

Kalau Cinta ~


Dalam dunia ni, kalau keyakinan diri kita tinggi , kita boleh bercinta !
tp susahnya nak bercinta ~ sebab semuanya sekat-sekat ~ mcm2 tak boleh kite buat ~ awas klu ade yang mengelat !! Ingat Tuhan tu sentiase lihat. Biar Lambat Asal Selamat . sejahtera kita dunia Akhirat .
LOVE is PRECIOUS
dont ever Nervous~

Malam Anugerah Dan Pra Graduan 2011

Aksi para tetamu dan ajk pelaksana pada malam Anugerah, bertempat di Cyberview Lodge Resort N Spa::

M.A.H.A.S.I.S.W.A bukan MAHASISWA

Tahun 1:

Semuanya depan mata ..
baru masuk tak tahu apa-apa
berikrar konon taat dan setia 
Hormatkan orang tua
Janji utama .

 Tahun Akhir

Persis sikap tidak bertamadun
cintakan berontakan asas dan rukun

mengancam keamanan kononnya keadilan 
berkuasa namun cetek pendapatan 
masih lagi memohon bantuan 
masih lagi mengharap panduan 
masih perlu tempat perlindungan 
si kaduk lupa tempat junjungan !

tidaklah bijak dan pandai ,
didalam kuliah mata ke lantai,
bagaimana janji yg dimeterai,
harapan ibu kini berderai..

Wahai ANAK BANGSA 
janganlah engkau punca sengketa 
janganlah engkau pemula angkara
Bukan keganasan agama kita 
 bila berjihad ada caranya 
Dalamilah engkau ilmu agama
usah timbul riak, hilang segalanya 

Aku pasti bila kau keluar nanti 
kau pasti malu bila kenangi 
perangai lampau mu bukan ajaran Nabi 
malu dengan nafsu sendiri.

umum tergelak lihat tingkahmu 
persis mutiara tiada kilaunya
Belum banyak kau dapat ilmu 
Kurang Ajar cukup sempurna



E.N.G.K.A.u

aku duduk di sudut padang hijau 
bersila tanpa hirau 
tersenyum mula melangkau 
aku fikir aku sedang risau


bile burung terbang 
aku pandang belakang 
masih tiada yg memandang 
maka aku tak bimbang 
kalaupun aku mahu mengerang 


kenapa aku suka engkau 
walau pun kau bukan penghirau 
dan aku semakin risau '
benak meminta aku tetap halau 
walau,walau,walau
aku tetap suka engkau 


hari mula gelap
ku bangkit pantas berderap 
 kutinggal padang hatiku lelap
dengan soal hati yg tak lengkap 






 beyla nani

Tentang Dia : Seorang yang aku kasihi

Wahai anda semua , tahu tak perkara yang paling sedih dalam hidup kite , apabila tiade secalit kenangan yang mendampingi kita selepas kite ditinggalkan . Aku faham ditinggalkan itu perkara yang biase, kerana takdir dah mencatat segalanya , namun aku tak boleh trime , sebab RINDU yang teramat sangat . 


                                                      Ayah / Abah


beberapa hari selepas aku menamatkan peperiksaan SPM , hatiku terpanggil riang untuk berjumpa dengan ayah kandungku yang selama ini , sukar utk aku dapatkan . Nakalnye aku dwaktu kecil , pernah ayah ku merayu untuk berjumpe dengan ku , akibat janggal akan kehadiran lelaki itu , sering aku berpaling darinya bile di pasaraya mahupun ditengah kesibukan kenduri kahwin . Ya Allah menyesalnye !! sedangkan aku d waktu itu masih lagi kecil , d bangku sekolah rendah yang masih comot sane sini, dan zahirnye aku dberi wang oleh beliau . memang mama ngan ayah tak sependapat , tp aku keliru d waktu itu , tak dapat lagi menyeimbangkan emosi dan akal ku serentak . 


teringat kata-kata ABAH : akk ... akk duduk dengan abah ea kak , akk nak ape je abah belikan , abah tade kawan kak , abah hidup sorang2 . (1999)
Dulu abah kerja di singapura , abah sangat mewah dengan kehidupannya di sana , tp bukan kemewahan menjadi ukuran ku diwaktu tu .. tetaplah ak mengambil keputusan utk tinggal dengan Nenek !!


semuanya berubah apabile ak dah dewasa , aku mula bersama ayah , hingga ke hari terakhirnye sebagai seorang hamba di muka bumi ni , Ya Allah , baru je aku nak rase hubungan antara seorang anak dengan bapa kandungnye ! tetapi ianya hanya untuk beberapa bulan , sehari sebelum abah meninggal , abah cakap mcm ni :::
" akk , esok abah dah sembuh dah , abah yakin .... esok kite pergi tabung haji ea, bawak abah ke sana kak ea?" aku angguk je waktu tu , angguk tanpa suare ....
maghrib tuh puase pertama  , seperti biase wad lengang abah masih suka tidur seperti hari2 lainnya di hospital , aku cium tangannye, lantas memalingkan muka untuk berangkat balik, sebab malam itu , adik abah yang jage abah .


5.00 pagi (jumaat/2 ramadhan ) , aku dapat panggilan dari sepupuku yg turut menjaga abah dihospital , 
" kak ... sabar ea kalau abang cakap ni , abah dah takde kak " 
aku tak nangis ! aku terus amik kunci kete , kejut adik yang separuh mamai disebelah , hanya aku dengan adk je yang gerak ke hospital pagi2 tuh , dah cakap ngn mama tadi, nmpk la kesedihannya walaupun cube untuk berselindung , mama cakap " akak pergilah tengok jenazah abah dulu "


Ayah tiriku turut merautkan wajah yang sedih , lantas memaut aku , mengucapkan takziah , " sabar ea kak, itu yang terbaik untuknye kak "  Aku mengalirkan airmata , waktu tu baru aku sedar , kepemergian Abah ku bukan untuk ke dalam wad pembedahan, bukan jua untuk menerima bius (mematikan sementara) tetapi untuk selama2nya ... Ya Allah aku terduduk , lantas aku kuatkan semangat untuk terus ke Hospital . Ayah tiriku sangat memahami , walaupun dia ayah tiriku , aku syangkan die seperti abah kandungku , tanpe die , aku tak tahu kat mane aku nak berlindung ... Dialah ayah tiriku , dialah juga kawanku , dan penghibur kami sekeluarga ! 


aku renung wajah Abah , yang perginya sangat tenang di subuh jumaat itu  .... dikejutkan kematiannya ketika makcik ingin mengejut sahur . buka mata seketika .. dan menghembuskan nafas yang terakhir .. Innalillah.......
abah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung ...


setahun kemudian ....
ayah tiriku dimasukkan ke hospital akibat terdapat bisul di bahagian peha ....
sepanjang 2 minggu ayah dimasukkan ke dalam wad , aku, along, hamza , mama, akk, ika , Uncle Enal , makndak , azim (yang sering melaungkan ayat2 suci),dan beberapa adik beradik mama yang lain , bergilir2 menjaga ayah .... AYAH seorang yang baik dan riang, ramai sedara mara yang gemarkannya ... berebut2 lah nak jage ayah , hinggakan Uncle Enal , adik kepada mama ku sanggup untuk menjaga Ayah ku di hospital siang dan malam.


hampir 3 kali operation sudah ! haissh doktor ni biar betul , takkan nak operation lagi ! sampai Ayah dah susah nak bercakap da , perubahan ayah yang mendadak memang tidak dijangka , ku jangka hanya 2, 3 hari sajoh!


aku belek2 dokumen yang diserahkan oleh doktor untuk aku tandatangan katenye tu adalah operation terakhir , 
" maaf cik , kalau ayah cik tak operation cik mempercepatkan kematian die , kalau operation 50-50 harapan untuk sembuh " kata doktor . ya Allah ... macam nak hempas kepala kat dinding je waktu tu ! kenapa mesti aku yang kene tempuh semua ni , aku balik ke katil ayah , terlihat ayah yang sedang bersandar di atas katil . petang tu aku harus buat keputusan ,, same ade nak sign atau tidak !


ayah nampak dokumen tu , aku bertanya kepadanya ," yah .... boleh yah ea operation ni . doktor suruh yah .. ' ayat aku mati kat situ ... 
" kakak... sakit tau kak , klu tak sakit takpe .... (air mata ayah berlinang )
akk tak tau sakitnye macam mane , ayah yang rase " ayah terus tunduk , dan memejamkan matanya , tanda nak berehat,.aku sebak .....
diatas meje kecil dihadapan ayah , sebagai anak perempuan yang selalu berlagak berani depan ayah, aku bersuara " ayah kene jugak operate yah, sikit je ni yah ea , " confident aku tandatangan ...aku cium tangan , dan pipi ayah, lantas lengannye ku cubit2 nakal..
 ayah diam dan senyum jew , aku mahu pulang waktu tu ...dalam hati ., moge tak jd ap2 


malam tu giliran angah yang jage (hamza). 
malam tu jugak la ayah operation....


keesokan paginye , akk ku bg tahu yang operation malam td tak beberape baik , dan ayah dimasukkan ke ICU!!!!
kali ini ayah tak sedarkan diri, ayah dipakaikan alat bantuan pernafasan yang sepenuhnye (high tendency)
doktor mengumumkan ayah dalam keadaan tak stabil ..... malam itu , aku meratap kesakitan ayah , menangis teresak2 di hadapan along yang dah mcm abang kandungku sendiri ., ketika diluar ICU . waktu itu , umat islam sibuk menyambut hari raya aidiladha .... kami pula berkampung di ICU...


dan hari keempat ayah di ICU (1.00 tghr jumaat) mesin pernafasan semakin merudum.. dan menunjukkan angka yang semakin merosot , akhirnye Ayah tidak lagi mampu bertahan dengan bantuan yang dihulurkan... dan ayah selamat kembali ke Illahi ... 


Ya Allah, beratnye dugaan ... lepas satu, satu pergi ..... dan yang paling sedih apabila , aku tidak ade sebarang gamba pun dengan kedua2 ayah ku ...


Ya Allah , itulah kenangan yang aku maksud kan , kenangan bergambar langsung tidak mendampingi aku ....meneman aku saat aku rindukan Abah dan Ayah sekarang ni ....


aku tak sangke , ciuman ku itu , terakhir untuk seorang ayah .....

Beijing : Sebuah Perjalanan

Kali ini tapak kaki melangkah ke dalam flight untuk ke destinasi Ilmu. Menggenggam sebuah Tujuan hasil noktah
 usaha yang akhirnye berwenang pencapaian .

sampai di sebuah Universiti Terkemuka 
Beijing foreign Study University
Terima Kasih Ayahnda kerana memilih kami :)

Kami datang dengan Adat ! Kami Dijulang tidak bertempat !
disana kami bukan shaja duduk berbangku di dalam kelas , malah kami di bawa untuk pergi membuat kajian! 
semuanya atas layanan dan bimbingan Prof Dr Awang Sariyan yang tidak pernah meroyan melayan telatah kami ! awas Prof ! tak rindu kami katanya dilambaiannye yg terakhir ...

Prof suka minum teh Cina !
perjalanan yang jauh kami mulakan dengan bermah mesra dengan pelajar Cina yang mengambil Kursus Bahasa Melayu disana.
sangat menarik melihat masyarakat china yang tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi boleh ber
 BERBAHASA MELAYU !
(tepuk tangan bangga sekejap jadi anak Melayu)


Edisi Umum perlu tahu :: mereka belajar bahasa Melayu menggunakan rancangan kartun UPIN dan IPIN 
untuk mengenali perkataan baharu BM