M.A.H.A.S.I.S.W.A bukan MAHASISWA

Tahun 1:

Semuanya depan mata ..
baru masuk tak tahu apa-apa
berikrar konon taat dan setia 
Hormatkan orang tua
Janji utama .

 Tahun Akhir

Persis sikap tidak bertamadun
cintakan berontakan asas dan rukun

mengancam keamanan kononnya keadilan 
berkuasa namun cetek pendapatan 
masih lagi memohon bantuan 
masih lagi mengharap panduan 
masih perlu tempat perlindungan 
si kaduk lupa tempat junjungan !

tidaklah bijak dan pandai ,
didalam kuliah mata ke lantai,
bagaimana janji yg dimeterai,
harapan ibu kini berderai..

Wahai ANAK BANGSA 
janganlah engkau punca sengketa 
janganlah engkau pemula angkara
Bukan keganasan agama kita 
 bila berjihad ada caranya 
Dalamilah engkau ilmu agama
usah timbul riak, hilang segalanya 

Aku pasti bila kau keluar nanti 
kau pasti malu bila kenangi 
perangai lampau mu bukan ajaran Nabi 
malu dengan nafsu sendiri.

umum tergelak lihat tingkahmu 
persis mutiara tiada kilaunya
Belum banyak kau dapat ilmu 
Kurang Ajar cukup sempurna



3 comments:

Pwincesz Dee said...

Sy setuju dgn kamu, beyla !

beyla nani said...

sy pon setuju dgn kamu dee !

ira-yoshida said...

setuju!

Post a Comment