M.A.H.A.S.I.S.W.A bukan MAHASISWA

Tahun 1:

Semuanya depan mata ..
baru masuk tak tahu apa-apa
berikrar konon taat dan setia 
Hormatkan orang tua
Janji utama .

 Tahun Akhir

Persis sikap tidak bertamadun
cintakan berontakan asas dan rukun

mengancam keamanan kononnya keadilan 
berkuasa namun cetek pendapatan 
masih lagi memohon bantuan 
masih lagi mengharap panduan 
masih perlu tempat perlindungan 
si kaduk lupa tempat junjungan !

tidaklah bijak dan pandai ,
didalam kuliah mata ke lantai,
bagaimana janji yg dimeterai,
harapan ibu kini berderai..

Wahai ANAK BANGSA 
janganlah engkau punca sengketa 
janganlah engkau pemula angkara
Bukan keganasan agama kita 
 bila berjihad ada caranya 
Dalamilah engkau ilmu agama
usah timbul riak, hilang segalanya 

Aku pasti bila kau keluar nanti 
kau pasti malu bila kenangi 
perangai lampau mu bukan ajaran Nabi 
malu dengan nafsu sendiri.

umum tergelak lihat tingkahmu 
persis mutiara tiada kilaunya
Belum banyak kau dapat ilmu 
Kurang Ajar cukup sempurna



E.N.G.K.A.u

aku duduk di sudut padang hijau 
bersila tanpa hirau 
tersenyum mula melangkau 
aku fikir aku sedang risau


bile burung terbang 
aku pandang belakang 
masih tiada yg memandang 
maka aku tak bimbang 
kalaupun aku mahu mengerang 


kenapa aku suka engkau 
walau pun kau bukan penghirau 
dan aku semakin risau '
benak meminta aku tetap halau 
walau,walau,walau
aku tetap suka engkau 


hari mula gelap
ku bangkit pantas berderap 
 kutinggal padang hatiku lelap
dengan soal hati yg tak lengkap 






 beyla nani